Thursday 19 January 2012

Renung Seketika...

Sewaktu ibu mengandungkan kita selama 9bulan..
Beliau ingin melihat anak yang dikandungnya lahir dengan sempurna..
Ketika ibu bertarung nyawa di saat ingin melahirkan kita..
Ibu berdoa sambil berkata :-
"Ya Allah,sesungguhnya aku lebih menyayangi nyawa anak ini dari nyawa ku sendiri.."
Kerana itu lah syurga di bawah telapak kaki ibu..
Ayah kelihatan sungguh gembira melihat kelahiran kita di dunia..
Bayi lelaki di Azan kan..
Bayi perempuan di Qamat kan..
Ayah dan ibu memberikan nama yang beserta maksud yang baik untuk kita..
Mereka bekorban demi membesarkan kita..
Makan..Minum..Pakaian..Tempat tinggal..
Semua diberi dengan tanpa apa2 balasan..
Sedar lah begitu besar pengorbanan mereka mendidik kita dengan agama sehingga lah kita menjadi orang yang berjaya..

1 comment:

  1. Berpijaklah di bumi yang nyata..
    Ingat akan asal usul kita..
    Usah lupa diri bila kita di tempat orang..

    ReplyDelete